yang ini gambar ori... rendang tok stok dalam simpanan kami
bukan sekadar hiasan
Wah Rendang Tok For Sale macam nak jual kete atau nak jual Umah jer. Dah masing-masing sibuk promo hasil jualan, kami pun excited jugak. Babah pun dah siap pergi pasar dengan Pok Nik towkey Nikeiyda stall, belikan mama daging n kelapa nak buat rendang tok. Resipi diturunkan oleh ibu si pencari rezeki dalam umah ni. Mak mentuo saya orang Linggi, mintak laluan ye, Cikgu Bedah promo sikit tapi yang expert memasak dia ngan adik dia kami panggil Ateh. Memang kaw-kaw. Kalau pekena dgn parata atau murtabak. kalau ada pulut kukus lagi mengancam. Itu tak kena dgn nasi lemak. Alahai mesra alam rendang tok ni.
Nak masak rendang tok ni kena sabar sebab lama nak menunggu dan menjaganya. Takleh hangus dan yang penting kena banyak pati santan. Tu yang akan melemakkan dan lama tunggu tu akan jadikkan rendang nye gelap. Bukan hangus tau.
Tapi kat Dubai ni santan mahal, walaubagaimanapun kami tetap akan menjaga kualiti jualan kami.
.
.
Apa-apapun, InsyaAllah nantikan hasil
Rendang Tok Uptown Mirdif Al Gucci
di stall vogue Arabica x Aluya di bazaar Ramadhan
pada 12 sept 2008 ini nanti.
Promo-promo jualan/menu sila lihat di dalam blog eiyda nik, bakpo pp, mother of two, mommy luyah, aidit dan yang lain2.
google jelah. sibuk ni nak kupas bawang, potong serai, cili dll.
Jumpa di sana, di sana.......
imeirda
from Malaysians for Malaysians
13 comments:
mengancammmmmm ...!!
jumpa sana...dan jgn lupa kita barter trade....asam pedas dengan rendang tu nanti..
pp
Salam PP,
Sudah tentu! Jumpa di sana.
tercabut siku mengacau rendang ..my mom is a fan of these rendang cuisine- semua jenis rendang..of course rendang tok is no. 1!!!! Go Jeda Go...
Assalamualaikum,
Kiter pun nak barter trade jugak...errr tapi nak barter trade dengan apa ya...Takpa kiter tengok je jadi la. Lagipun yang hari tu punya makan dengan nasi lemak tu masih terasa-rasa lagi kat tekak. Sangat membunuh wa cakap lu!!
Nanti balik M'sia next year nak belajar buat "Ghondang Ghombau" dgn Omak eden.....bulih celen yg Uptown Mirdiff punya Rendang Tok
salam.
luas bumi Allah ni.
dah sampai kat Dubai korag berdua.
sekian lama tak dengar berita.
i still fikir u both still kat penang. padan la sms tak prnah berjawab.
well, ape pon.. semoga kalian diberkati.
mmm,
Naza,
Sungguhlah mmg nak tercabut siku. Slalu buat ghamai-ghamis, take turn, ni buat sorang2... babah kena tolong urutlah!!! Nak tunggu dia jadik gelap ... mmm takpe satisfaction!!
Dom Engineer
Ala Ziela! the phrase 'sangat membunuh" tu mahal. promo! promo!.
Thanks.Kita barter trade next week . u punye stall dessert puding n kek batik kena bagi jadiklah!
Haza
Hek eleh Haza!, Ghombau ngan Linggi tu sedaro la tu, Samo yo ghasonye. Den bet mak eko lagi terrer dam pastinye lebih ngancam, takleh celen den punyo.
Assalamua'laikum
Panjang aka Jafa,
We both have been trying hard to jejak kasih ko. Everytime balik Segamat sure try carik ko. Kat blog baru nak jumpa yea. Thanks to the technologies.
Banyak nak cerita nih. dekat 6 tahun x jumpa, kita sembang2 personally yek. Welcome to our humble diary and Thanks for dropping by.
he...he...sorry sis baru dpt bukak tang nih...but 2day no more lattest story ke?kot ada resipi baru,resipi tok arab tak der?
Anonymous aka adik iparku,
Sibuk sikit dok godek rendang tu. InsyaAllah tapi menu dah start recyle rasanyer. Kena tunggu mood baru nak try resipi lain.
Kirim salam kat Twin tu. Nanti mama ngan babah balik Mesia, jumpa korang ye.
I am a Perakian and rendang tok is a must dish for every occasion. But due to my laziness I have yet to learn from my elders. Will try to preserve this dish in my own family la and therefore must learn. Aiyo, ni yang nak kena gi oversea ni. Slalu kalau duk oversea, mesti extra rajin nak masak. Duk malaysia ni main tunjuk2 je, mentang2 la senang dapat.
Ok jeda, pack me 2 bekas and post by sea. They say the longer the rendang is kept the better the taste.
Wiz,
true, Rendang Tok is actually originated from Perak esp the dish for the royalties (org kk) but now everyone claims rendang if gelap is rendang tok, it is more or less the same, cume we ols tak boh kelapa parut. And it is still best cooked traditional way.
Wiz, tak dan nak pos, within minutes sold out n abis kat tekak. hehe.
W
Post a Comment