Penghijrahan juga telah berlaku kepada aku dan keluargaku. "Mengubah Sempadan Iman" seperti title dalam buku Travelog Haji karya Profesor Muhd Kamil refleksi kepada apa yang berlaku kami. Walaupun keadaan dan lokasinya tidak serupa tetapi isinya sinonim iaitu melibatkan persempadanan Iman.
Bismillahirahmanirahim. ( Demi Masa)
1. Demi masa 2. Sesungguhnya seluruh manusia itu benar benar dalam kerugian 3.Kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran. amin amin amin ya rabbal alamin.
Sesungguhnya kehidupan ini perlukan penghijrahan dan setiap penghijrahan adalah perubahan dan pencarian. Janganlah rasa sombong, angkuh, riak dan bongkak. Kerana dunia ini adalah tempat sementara dan akhirat tempat selamanya. Dari itu, tanamkan kebaikan, kasih sayang dan jangan sekali kali tanamkan sifat buruk sangka, benci dan sehinggakan memutuskan silaturrahim sehingga sanggup menghina sesama manusia. Janganlah kita cari kemurkaan Allah ta'ala terhadap kita, dan janganlah cari musuh selagi hidup.. kerana ia akan dihitung di Yaumil Masyar. audzubillah minzalik. Berbanyakan berzikir dan betaubat kepadaNya semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dunia dan akhirat. amin amin amin ya rabbal alamin. wallahualam
Apa yang berlaku kepada aku sekeluarga sejak 3 tahun lalu yang membawa kami kesini adalah kesan kepada penghijrahan yang aku sebutkan di atas. Dan selagi aku dalam penghijrahan akan aku turuti sahaja langkah seterusnya kerana ianya semua adalah kehendak ALLAH SWT. Percayalah bahawa ALLAH SWT itu Maha Berkuasa Keatas Segalanya dan aku telah mengalaminya. Jika ALLAH SWT mahu sesuatu itu berlaku maka ianya pasti akan berlaku. Berat untuk aku berkongsi cerita disini kerana ianya mengundang resah kelak kemudian hari. Cukup sahaja aku katakan bahawa jika ALLAH SWT mahu menjemput kita adakah kita telah bersedia sepenuhnya pada waktu itu. Perkara-perkara yang berlaku keatas diriku walaupun berat dugaannya aku anggap ianya dalam bentuk HIDAYAH dari ALLAH SWT.
Bila HIDAYAH menyapa, syukurku pada yang Esa. Selama ini banyak yg kurang aku titikberatkan, kini insaf bila lagi menbaca, mendengar, terdengar dan ternampak orang2 yg Allah turunkan hidayahnya. Contoh terdekat, Ustaz Azmil Mustapa aka Ali setan terkenal dahulu yang sanggup meninggalkan keduniaan untuk bekalan yg lebih berharga kemudian hari.
Semoga dengan Penghijrahan ini, kita lakukan lebih baik dari yang lepas dan sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa dari ALLAH SWT. Lakukan pendekatan, pencarian, perjalanan dan penghijrahan ini dengan lebih tawakal dan bertawaduk kepadaNya. Pertingkatkan Ilmu dan ibadah kita supaya menjadi muslimin/muslimat yang lebih sejati. Ameen ameen ameen Ya rabbal Alamin
2 comments:
lupa dah nak sambung baca buku tu, ada dlm drawer.
Salam
Ye lah Aya, thanks for dropping by. Kadang2 kita terleka. it is a nice book... habiskan mdah2an bermanfaat
Post a Comment