Thursday, July 24, 2008

PENGHIJRAHAN

Penghijarahan ada dalam pelbagai bentuk dan situasi. Penghijrahan secara total adalah merangkumi semua keadaan dan melibatkan kehidupan seluruhnya. Biasanya Penghijrahan berlaku dengan sebab tertentu. It's not easy to change but u don't need reasons to change anyway. Tak pernah lagi aku jumpa orang yang berhijrah tanpa sebab.

Penghijrahan juga telah berlaku kepada aku dan keluargaku. "Mengubah Sempadan Iman" seperti title dalam buku Travelog Haji karya Profesor Muhd Kamil refleksi kepada apa yang berlaku kami. Walaupun keadaan dan lokasinya tidak serupa tetapi isinya sinonim iaitu melibatkan persempadanan Iman.


Bismillahirahmanirahim. ( Demi Masa)


1. Demi masa 2. Sesungguhnya seluruh manusia itu benar benar dalam kerugian 3.Kecuali orang orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan saling berpesan dengan kebenaran dan saling berpesan dengan kesabaran. amin amin amin ya rabbal alamin.


Sesungguhnya kehidupan ini perlukan penghijrahan dan setiap penghijrahan adalah perubahan dan pencarian. Janganlah rasa sombong, angkuh, riak dan bongkak. Kerana dunia ini adalah tempat sementara dan akhirat tempat selamanya. Dari itu, tanamkan kebaikan, kasih sayang dan jangan sekali kali tanamkan sifat buruk sangka, benci dan sehinggakan memutuskan silaturrahim sehingga sanggup menghina sesama manusia. Janganlah kita cari kemurkaan Allah ta'ala terhadap kita, dan janganlah cari musuh selagi hidup.. kerana ia akan dihitung di Yaumil Masyar. audzubillah minzalik. Berbanyakan berzikir dan betaubat kepadaNya semoga kita sentiasa mendapat keberkatan dunia dan akhirat. amin amin amin ya rabbal alamin. wallahualam

Apa yang berlaku kepada aku sekeluarga sejak 3 tahun lalu yang membawa kami kesini adalah kesan kepada penghijrahan yang aku sebutkan di atas. Dan selagi aku dalam penghijrahan akan aku turuti sahaja langkah seterusnya kerana ianya semua adalah kehendak ALLAH SWT. Percayalah bahawa ALLAH SWT itu Maha Berkuasa Keatas Segalanya dan aku telah mengalaminya. Jika ALLAH SWT mahu sesuatu itu berlaku maka ianya pasti akan berlaku. Berat untuk aku berkongsi cerita disini kerana ianya mengundang resah kelak kemudian hari. Cukup sahaja aku katakan bahawa jika ALLAH SWT mahu menjemput kita adakah kita telah bersedia sepenuhnya pada waktu itu. Perkara-perkara yang berlaku keatas diriku walaupun berat dugaannya aku anggap ianya dalam bentuk HIDAYAH dari ALLAH SWT.


Bila HIDAYAH menyapa, syukurku pada yang Esa. Selama ini banyak yg kurang aku titikberatkan, kini insaf bila lagi menbaca, mendengar, terdengar dan ternampak orang2 yg Allah turunkan hidayahnya. Contoh terdekat, Ustaz Azmil Mustapa aka Ali setan terkenal dahulu yang sanggup meninggalkan keduniaan untuk bekalan yg lebih berharga kemudian hari.


Semoga dengan Penghijrahan ini, kita lakukan lebih baik dari yang lepas dan sesungguhnya tiada yang lebih berkuasa dari ALLAH SWT. Lakukan pendekatan, pencarian, perjalanan dan penghijrahan ini dengan lebih tawakal dan bertawaduk kepadaNya. Pertingkatkan Ilmu dan ibadah kita supaya menjadi muslimin/muslimat yang lebih sejati. Ameen ameen ameen Ya rabbal Alamin














Tuesday, July 22, 2008

Uptown Mirdif

Uptown Mirdif begitu significant dengan kehidupan aku dan keluarga di sini. Sewaktu aku dan keluarga menyertai perjumpaan pertama kami with other Malaysians di Dubai yang dianjurkan oleh MyUAEPro di Uptown Mirdif ini, kami jatuh cinta - Love at a first sight: terasa ada chemistry dengannya. Seni architecturenye yg unik berekabentukkan kubu dan dipenuhi dengan kemudahan tempat membeli belah amat sesuai untuk dijadikan tempat tinggal.


Sewaktu selesai perjumpaan dengan rakan-rakan Malaysia, terdetik dalam hati dan bersembang dgn Pn Z "kalau kita dapat dok sini sure bestkan. Senang sebab kemudahan banyak. Spinneys pun dekat, food court, kedai-kedai untuk shopping, starbucks, Mothercare pun ada. Turun bawah terus je pergi kedai, takyah nak naik kereta atau taxi. (takdak keta masa tuh!!)


Lokasi ini macam pisang panas, kalau ada unit kosong dalam 1-2 hari saja sudah ada yang menghuninya. Aku sudah berkira-kira untuk booking kediaman kami di Spring setelah beberapa minggu gagal dalam mendapatkan unit kosong di sini dan juga lokasi lain yang sesuai dengan keperluan harian kami tetapi mungkin nak jadi rezeki kami sekeluarga, sehari sebelum aku beri duit booking, ternampak satu iklan baru di dalam internet yang kata ada unit kosong di Uptown Mirdif. Tanpa berlengah terus saja call agen tersebut dan ternyata ianya belum lagi ada sesiapa booking. Apalagi aku pun terus confirmkan hari itu juga. Khabaran gembira itu aku sampaikan kepada Isteriku dan Anak2 dan ternyata mereka gembira dan tak sabar nak pindah ke rumah baru selepas hampir sebulan tinggal di Hotel.


senang cerita, baca nota dibawah


An introduction to Real Estate Opportunities in Uptown Mirdif,


DubaiLocation :Architecturally designed along the lines of an ancient spa town, UPTOWN Mirdiff , built in the heart of one of Dubai's most tranquil locations, promises an excellent variety of residential properties, play areas and recreation facilities nestled within landscaped gardens and public parks.Superbly appointed Townhouses, stylish Row houses and five distinct apartment styles are planned around a Grand Piazza, the centerpiece of the community. Abundant with neighbourly appeal and filled with convenient shopping and dining outlets, UPTOWN Mirdiff is delightful, secure family living environment. Welcome to your neighbourhood.

Located in central Mirdiff, one of Dubai's most tranquil areas. The 23-hectare development will feature two villa types, three types of apartments, a shopping center and primary school. The unit details are;VillasThree Bedroom Townhouse built-up area approx 2,500 sq ftThree Bedroom Rowhouses built-up area of approx 2,000 sq ftApartmentsStudio Apartments of 480 sq ftOne Bedroom Apartments of 1,200 sq ftTwo Bedroom Apartments of 1,600 sq ftShopping Centre400,000 sq ft of net lettable space. The already functioning anchor supermarket is built on one level. Dedicated underground parking for 1,600 cars and loadind/unloading baysPrimary SchoolPlot size 40,000 sq ft. A double storey building catering for grades KG1 to Grade 5

Jelajah UAE (Jalan-Jalan Cari Masjid) Part 3 - Ras Al Khaimah

Program Jalan -Jalan Cari Masjid dalam Jelajah UAE part 3 telah berjalan dengan baik. Namun aku tidak menyertainya kali ini. Seperti biasa cerita mengenainya ada dirakamkan oleh PP, Hasnol dan Zuhairi untuk tatapan semua. InsyaAllah untuk program ke-4 nanti ke Al-A'in aku akan bersama mereka.

Tuesday, July 15, 2008

April 2008

Terpaksa backdated sebab buat blog lepas 3 bulan dok sini so ada banyak nak cerita. Jadi terpaksalah main sambung-sambung janji perjalanan hidup aku dan keluarga serta di sekeliling kami dapat dirakam.

31st march 2008, I have landed safely in Dubai from Jeddah after went through a tedious final exit proces in KSA. I have accepted the offer from Dubai mainly because of My Family. My Family is the most precious things that I have ever had in this world. Syukur Alhamdulillah kerana memberi aku harta yang paling berharga ini.

1st April 2008, aku melaporkan diri di KEO International Dubai dan membuat sedikit persiapan untuk keluarga aku yang akan tiba pada 3rd April 2008. Tempat shopping paling dekat dengan hotel di sekitar Burjuman ialah Spineys.

3rd April 2008, after 3 hours of waiting I saw my lovely wife with my princesses pushing the trolley towards the exit door of arrival hall accompanied by My Parents Inlaw. The feeling is undescribable. Syukur Alhamdulillah Ya Allah kerana mengabulkan doa aku. Kehidupan aku di Jeddah tanpa keluarga disisi begitu meruntun hati dan menguji diri. Juga mengajar aku tentang erti "masa bersama keluarga". Aku bertekad setiap masa aku bersama keluarga di sini akan aku isi dengan masa yang berharga.

16th April 2008, Happy Birthday untuk Isteri Tercinta. Tak dapat celeberate sebaiknya kerana Isteri dan anak-anak tidak sihat mungkin kerana cuaca dan makanan di sini. They need quick adjustment to the environment and time zone. Our thanks to Kak Neme for her kindness taking Nurilham and My Wife to American Hospital. For the record Kak Neme was the first Malaysian we encountered in Dubai at Burjuman Centre.

Sempat juga menyertai perjumpaan dengan rakan-rakan Malaysia di UAE ini. Perjumpaan pertama di Uptown Mirdif membukakan jalan kami sekeluarga di Dubai ini. Uptown Mirdif itulah tempat pertama yang kami sampai di Dubai selain persekitaran Burjuman. Pertama kali dapat berjumpa dengan PP, Fudzail, Hasnol, dll terasa tiada bezanya hidup di KL atau Dubai.

HAri-hari berikutnya dalam bulan April dilalui dengan gembira dan sentiasa bersyukur pada Allah SWT kerana mempermudahkan segala urusan kami sekeluarga.

Monday, July 14, 2008

Isteriku bercucuk tanam

Pokok daun pandan, serai, daun kesum, lengkuas, pokok kunyit, pokok limau nipis, limau purut, bunga kantan semuanye ade ditanamnye dibelakang rumah. kalau hari tu dia rasa dia nak masak asam pedas, keluar aje ke belakang dan peti beberapa tangkai daun kesum. nak masak nasi lemak, daun pandan bersepah dan nak masak lemak cili api, berduyun cabai merata di pokoknya. macam-macam ada. Pendek kata Pn Z (bukan nama sebenar) memang sayang kebun kat belakng rumahnye. Pokok sayur pun ada!!


Di tepi rumah pulak, ada pokok pisang segala macam pisang, pokok rambutan cap anak sekolah, gula batu dsb. Pokok durian adalah sebatang dah 6 tahun, umur anak yang sulung. Tak lama lagi cukup haul berbuahlah. pokok mata kucing aka longan pun dah 2-3 kali makan hasilnye, jangan sebut pokok mempelam dia, sampai musim mmg confirn berjuntai2 buah mehening satu pokok. Manis tidak terkira. Ada secretnye menanam pokok ni: kalau nak buah manis dan lebat kena tanam masa perut kita penuh dan tanam masa tengah panas dlm pukul 11 gitu waktu Malaysia. Begitulah hypothesisnye, tapi ternyata dibuktikan secara semulajadi. Sementelahan org yang menanamnya mmg ada green thumbs warisan dr ayah mertuaku. campak je benih apa, InsyaAllah hidup subur mubur. (my thumbs are red kot). Kurang jadikla tu, panas!


Itulah introductionnya. Panjang meleret tapi kenapa cakap pasal pokok ni. Kat Dubai ni nampak pokok kurma jelah merata. balik kerja tadi nampak pokok pandan potted berair. kat dapur pulak nampak batang-batang daun kesum yang bertunas. Eoking akind of emotion; la bini aku ni rindu nak main dengan tanah kot. rindu nak siram poko2 dia, rindu nak tabur baja, rindu nak trim pokok2 dia dan mungkin rindu nak balut buah2 mempelam dia. Terbit rasa kesian, dok kat apartment di padang pasir ni, lebih2 lagi musim summer, ape yang nak idup. Dapat dalam pasu pun tak ape lah ye. Tiap kali pergi ke CM kat Karama atu Sunflower nak cari daun pandan, kesum, mesti dia bising, Emmm kalau kat Msia, smua ada kat tepi rumah, byk ni pun punyalah mahai. Dahtu nak buat macammana nama pun Do Buy, semua mahai except kereta!!!


p/s : patut pun, Ghupenye neighbour depan rumah kat Msia, bagitau doghoyan dah berputik dan rambutan dah memerah. Tak dak rezeki, sedekah ajelah.

Sunday, July 13, 2008

Jelajah UAE 2 (Abu Dhabi)












Grand Masjid of Abu Dhabi



Program Jelajah UAE yang diilhamkan oleh PP masuk ke minggu ke-2. Destinasinya ialah Abu Dhabi. Pada minggu pertama kami ke Fujairah. Lawatan ke Fujairah di sini.



Sedikit background program ini. Tujuan utama lawatan adalah untuk melawat masjid-masjid di sekitar setiap wilayah UAE yang dilawati. Selain dapat melihat keunikan rekabentuk masjid-masjid yang dilawati, dapat juga melakukan solat sunat di setiap masjid untuk mendekatkan diri kepada ALLAH SWT. Selain itu tazkirah antara kami yang join juga diadakan untuk saling mengingatkan akan kebesaran ALLAH SWT serta menimba ilmu akhirat. Selain tu dapat berkongsi pengalaman antara satu sama lain justeru dapat mengeratkan silaturahim.



Aku rasa bersyukur dapat menyertai program ini. Terlalu banyak pengalaman yang diperolehi. Sedikit photo yang dapat dimuatkan disini untuk tatapan.



Perjalanan ke Abu Dhabi kami mulakan dengan breakfast di Arabian Ranches. Ikhsan dari Abg Lamin dan Puan Laila. Terima kasih banyak-banyak semoga murah rezeki dan dapat rahmat dari ALLAH SWT. Selain itu terima kasih juga kepada Puan Putri yang bermurah hati untuk sponsor dinner untuk peserta yang berstatus "Summer Bachelor". Yang pura-pura bachelor kena balik rumah malam tu tak dapat join.




































Friday, July 11, 2008

Debut - First Page

Dengan kalimah Bismillahirrahmannirrahim,



The Terminal memulakan sebuah penceritaan. The Terminal is all about events around me and my family. Seperti PP, ZBA, Mrs ZBA, Hasnul dan bloggers lain, nawaitunye utk menyediakan sedikit ruangan bentuk tulisan sebagai santapan minda. Juga untuk kongsi pendapat dan kritikan.

p/s-mohon izin kepada nama-nama bloggers yang diquote.