Showing posts with label 13th Wedding Anniversary Imeirda. Show all posts
Showing posts with label 13th Wedding Anniversary Imeirda. Show all posts

Tuesday, November 11, 2008

Warkah Buat Isteri Tercinta

Yang,

Tanggal 12 November 2008, Pertama sekali I bersyukur pada Allah SWT kerana dengan izinNya, dapat kita bersama untuk menyambut ulang tahun perkahwinan kita yang ke-13. Selama 20 tahun usia perkenalan kita, rasanya terlalu banyak kenangan indah yang kita lalui bersama. Kenangan di sekolah, universiti, bertunang sampailah ke hari perkahwinan hingga sekarang semuanya indah belaka.

Yang,

Terima kasih kerana menyambut salam I pada 16 April 1988 (20 tahun yang lalu).
Terima kasih kerana sentiasa sabar dalam menjalani kehidupan bersama I dan anak-anak.
Terima kasih kerana sentiasa disisi I semasa susah dan senang.
Terima kasih kerana sentisa memberi sokongan semasa menempuhi 'Penghijrahan Total'.
Terima kasih kerana menjadi isteri dan ibu yang terbaik untuk I dan anak-anak kita.
Terima kasih untuk segalanya..

Yang,

Ingat lagi pada lagu 'SriKandi Cintaku' yang selalu mengiringi perbualan telefon kita setiap malam suatu waktu dulu.
Ingat lagi pada hari kita dipanggil oleh Cikgu Azizah dan Puan Linda Toh di sekolah dulu.
Ingat lagi pada bas SKS yang menjadi kenderaan rasmi kita setiap kali pulang ke KL pada hujung minggu.
Ingat lagi pada Seksyen 17 Shah Alam.
Ingat lagi pada Central Market, ....
Ingat lagi pada 'Winter Sonata' dan pelbagai kenangan kita bersama..

Sayang,

Dengan sepenuh hati dan ikhlas,
I minta maaf atas segala kekurangan pada diri I untuk You dan anak-anak.
I minta maaf atas segala-galanya...

Siapa sangka kita menyambut ulang tahun ke-13 ni di Dubai! Semoga kehidupan kita di sini sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Tahun ni juga kita sambut Hari Imeirda bersama dikelilingi oleh semua anak-anak kita dan akan menjadi satu lagi 'Kenangan Terindah' buat kita berdua. Semoga Allah SWT memberkati kehidupan kita bersama hingga ke akhir hayat.

Yang 'MencintaiMu',

Imran